Friday, May 25, 2018

APAKAH FISIOTERAFI DAN DIMANA BOLEH BELAJAR?

Apakah yang dimaksudkan dengan fisioterapi?

Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi sama maksud dengan penjagaan.Jadimakna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).
Jurupulih Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.

Matlamat ahli fisioterapi

Sebagai matlamat utama seorang ahli fisioterapi ialah bagi membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin. Tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.

Antara kaedah  yang dilakukan oleh Ahli Fisioterapi

Elektro Terapi
  • Ultra Sound
  • Interferential Terapi
  • Laser
  • Diatermi Gelombang Pendek ( Short Wave Diathermy)
Terapi Manual
  • Mobilisasi (mobilization)
  • Manipulasi
  • Urutan
  • Senaman Therapeutic ( therapeutic Exercises)
  • Rehabilitasi selepas pembedahan
  • Nasihat dan langkah pencegahan
Hidroterapi
Hidroterapi, atau terapi air, adalah kaedah rawatan menggunakan air  untuk mengurangkan kesakitan  badan dan meningkatkan kesihatan serta kekuatan fisikal . Akan aku terangkan secara detail di entri akan datang…
DESKRIPSI TUGAS
Seorang ahli fisoterapi bertanggungjawab membuat penilaian dan menentukan kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
Ahli fisioterapi perlu:
a. kefahaman terperinci berkenaan fungsi tubuh manusia
b. pengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses penyembuhan
c. kebolehan membezakan postur, imbangan dan pergerakan yang normal dan tidak normal
d. menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti “massage”, “acupressure” dan manipulasi
e. membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik
f. pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektri, ais, urut dan kara/elektrik
g. menggunakan alat bantuan berjalan, “splints” dan “appliances” untuk rawatan serta melatih pesakit dan panjaga penggunaan
alatan dengan betul
h. memberi pendidikan kepada pesakit
Di mana Boleh Belajar?
Sila layari http:
DIMANA BOLEH BELAJAR DAN SYARATNYA...

PROGRAM DETAIL

Duration of Programme: Full Time (3 Years / 6 Long Semesters)
Education Fees:
  1. Local: RM50,568

 

ENTRY REQUIREMENTS

Pass SPM / SPMV with minimum 5 credits in the following subjects;
  1. Bahasa Malaysia
  2. English
  3. Mathematics
  4. Any one (1) of Science subject (Biology/ Physics/ Chemistry/ General Science/ Applied Science;
  5. Any one (1) of other subjects
OR
Pass O-Level with minimum Grade C in 5 following subjects ;
  1. English
  2. Mathematics
  3. Any one (1) of Science subject (Biology / Physics / Chemistry / General Science / Applied Science) and;
  4. Any 2 of other subjects
OR
Other equivalent qualifications.

Thursday, July 27, 2017

Intake September Sudah Di buka

Salam Sejahtera Semua Pengunjung,

Selamat Hari Raya. Walaupun sudah di pengujungnya, saya rasa kita masih dalam bulan raya.
Oleh itu kita rayakan lagi bersama.

Di kesempatan ini, saya rasakan ramai pelajar kita, lepasan SPM 2016 yang telah membuat keputusan untuk bekerja terlebih dahulu, sudah sukses bekerja. Gaji sudah boleh dikumpulkan sedikit demi sedikit. Seronok kan bekerja...!!!!

Dalam masa yang sama, saya tahu ramai juga yang bekerja kerana mengumpul modal untuk melanjutkan pelajaran. Oleh itu berjayalah mereka mengumpul Yuran Pendaftaran tersebut.

Saya ingin maklumkan bahawa KPJ University College telah pun membuka permohonan baru untuk INTAKE 11 SEPTEMBER 2017. Pemohon yang berminat bolehlah memohon secara online dengan klik link di bawah.

PERMOHONAN ONLINE KPJ UNIVERITY COLLEGE

KPJ menawarkan pelbagi kursus Peringkat Diploma dan Ijazah. Anda boleh melihat syarat-syaratnya serta boleh memohon di blog ini sahaja.

Monday, August 22, 2016

KENAPA BIARKAN 3 KREDIT SPM ANDA DI DALAM FAIL?

Salam Sejahtera,

Terpanggil saya untuk menulis tentang perkara ini kerana ramai di kalangan pelajar Lepasan SPM yang mendapat keputusan kurang cemerlang tetapi lulus SPM hanya meneruskan kehidupan harian sebagai pekerja muda.

Tidak dinafikan bahawa ada sebahagian darinya 'terpaksa' kerana hasrat untuk membantu keluarga sudah bermula seawal mereka meninggalkan bangku sekolah. Hasrat ini memang murni. Diredhai Allah.

Jika difikirkan untuk jangka pendek, ia memang wajar. Jika difikirkan untuk jangka panjang, pilihan ini agak kurang tepat.

Kenapa?.

Jika para lepasan SPM hanya meneruskan ikhtiar mereka sebagai pekerja muda dengan pendapatan RM 800 - 1000 sebulan, mereka memanglah berpendapatan tetapi peluang untuk meningkatkan kerjaya semakin lama menjadi semakin terhad. Bilangan lepasan sekolah semakin hari bertambah. Persaingan semakin kritikal.

Dengan SPM, mereka 'terhalang' untuk mengembangkan kerjaya kerana peluang kenaikan pangkat jika ada kekosongan tidak terbuka untuk mereka berbanding mereka yang memiliki Diploma (walaupun peluang pekerjaan agak kritikal sekarang).

Sektor Awam akan menempatkan mereka sebagai kelompok atau kumpulan perkeranian atau sokongan. Begitu juga dalam sektor swasta. Jika mereke mempunyai pengalaman selama 5 tahun sekali pun, apabila wujud peluang kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi, majikan akan memilih pemilik Diploma untuk ditempatkan dalam jawatan yang kosong dan lebih kanan. Pada waktu inilah, lepasan SPM tersebut akan mula rasa terpinggir. Kenapa aku tidak menyambung pelajaran peringkat Diploma sedangkan kelayakan 3 Kredit SPM masih berpeluang untuk memiliki Diploma??

Di mana boleh menyambung pelajaran???

Mungkin kerana kekurangan maklumat atau tidak berusaha mencari maklumat menjadikan pilihan bekerja selepas SPM itu sebagai pilihan tepat. Mara, Belia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran menyediakan begitu banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma. Kolej Profesional MARA misalnya menyediakan program peringkat Diploma kemasukan dengan 3 Kredit. JPK pula melalui Pusat bertauliah menyediakan kursus kemahiran peringkat Diploma. Kementerian Belia dan Sukan menyenaraikan IKBN dan IKTBN sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran.

Kolej Swasta atau Kerajaan?

Di atas telah disebutkan antara agensi kerajaan yang menyediakan peluang tersebut. Itu tidak disebutkan lagi Agensi Kerajaan Negeri dan swasta.

Kolej-kolej swasta yang diberi tauliah dan 'valid' untuk melanjutkan pelajaran tersedia. Persoalan pinjaman, mahal dan murah dan kos belajar tidak timbul kerana PTPTN tetap memberi pinjaman walaupun tidak 100 peratus. Mahal?. Tidak juga.

Oleh itu pilihan yang bijak mesti dibuat demi masa hadapan anda. Agensi kerajaan negeri atau pun Anak syarikat kerajaan negeri dan juga GLC menyediakan peluang ini dengan kemudahan yang lengkap termasuk tempat penginapan. Inilah yang dikatakan peluang.

Pelajar-pelajar yang mengikuti subjek atau bidang kemahiran seperti MPV Katering dan Penyajian (sekarang PVMA) telah terbuka peluang untuk mereka. Contohnya Johor Corporation melalui KPJ Healthcare University College bukan sahaja telah membuka peluang kepada calon berkelulusan baik untuk mengikuti kursus Sains Kesihatan di KPJ Nilai, Penang dan Johor Bharu tetapi telah berusaha meluaskan peluang kepada Lepasan SPM yang mendapat 3 Kredit melalui KFCH International College yang beroperasi di bangunan serba lengkap di Bandar Dato' Onn Johor Bharu. Kursus-kursus yang hanya memerlukan kelayakan 3 kredit seperti Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Perhotelan, Diploma Pengurusan Restoran dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Peluang kerjaya masa hadapan dalam bidang ini amat cerah. Inilah laluan pendidikan lanjutan anda. Pilihan terbaik ditangan anda. Jangan biarkan Slip 3 kredit SPM anda terperap dalam fail. Jalan terbaik adalah melanjutkan pelajaran agar anda akan terus berjaya dalam kerjaya.



Terima kasih

Tuesday, March 4, 2014

LAMANYA TIDAK MENULIS DI SINI....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam1Malaysia kepada

Anak-anak kecilyang baru dilahirkan, yang ibunya membaca blog ini,
Anak-anak sekolah rendah yang sedang membaca blog ini kerana baru jumpa...
walaupun anda menggunakan internet di makmal komputer sekolah.
Anak-anak remaja yang mungkin melayari internet melalui mobile anda
semasa guru tiada dalam kelas, walaupun telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa kesekolah.
Anak-anak yang sedang bekerja sementara menunggu keputusan SPM yang mungkin akan diumumkan pada 20 Mac 2014 ini.

Saya sudah agak lama tidakmenulis di sini. Bukan pula kerana malas. Tidak juga kerana lupa. Mungkin sibuk sedikit itu alasan yang lebih munasabah.

Teringat saya kepada perbualan semalam. Perbualan dengan seorang Pakcik 'Mamak', jangan marah,saya sebut Pakcik Mamak kerana dia minta saya panggil dia begitu.

Sambil minum segelas limau ais di Al Amin@enstek, kami pun bercerita panjang mengenai kenapa orang Indonesia yang berhijrah bekerja di sini mampu menghantar pulang ribuan ringgit, lantas menyara keluarga dan terus membina rumah baru di kampung halamannya. Asalanya semasa dia mula berhijrah ke sini, dia tidak miliki apa-apa. Hanya sebuah keluarga yang sangat dhaif dengan pendapatan RM 4.00 sehari.

Tongkang atau perahu, bertambang atau menyusup, halal atau haram, hidup atau mati, ditangkap atau dihumban, berjaya atau ditipu bukan persoalan. Semua itu diredah secara haram atau halal untuk datang ke Malaysia demi MERUBAH NASIB DIRI DAN KELUARGA.

Bukan saya ingin memuji kehadiran puluhan ribu PATI tetapi ada istilah lain yang selalunya akan meruntun jiwa saya. Istilah CEKAL itu adalah milik mereka. Demi untuk BERUBAH mereka lakukan, merubah cara dan tempat pencarian mereka laksanakan.

Ini juga bukan persoalan pokok. Persoalan yang lebih penting dan mohon penelitian dengan hati yang ikhlas dan jujur adalah "KENAPA PENDATANG BOLEH JADI KAYA SEDANGKAN TUAN TANAH DI SINI HIDUP SUSAH?"

Persoalan ini cukup kritikal, cukup rumit, cukup sensitif. Ia perlukan minda yang stabil untuk dibincangkan, emosi yang waras untuk ditelaahkan. Jika tersalah kata, maka akan jadilah kontroversinya. Apakah orang tempatan, tuan tanah khusunya MELAYU yang susah melata meminta-minta itu miskin kerana PEMALAS. Atau kerana mereka, PATI sudah membolot semua hak dan harta tuan tanah.

Tuan-tuan bebas bicarakan melalui komen anda. Saya akan bicarakan isi pandangan Saya dan Pakcik Mamak sebentar lagi......

Wassalam....