Tuesday, March 4, 2014

LAMANYA TIDAK MENULIS DI SINI....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam1Malaysia kepada

Anak-anak kecilyang baru dilahirkan, yang ibunya membaca blog ini,
Anak-anak sekolah rendah yang sedang membaca blog ini kerana baru jumpa...
walaupun anda menggunakan internet di makmal komputer sekolah.
Anak-anak remaja yang mungkin melayari internet melalui mobile anda
semasa guru tiada dalam kelas, walaupun telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa kesekolah.
Anak-anak yang sedang bekerja sementara menunggu keputusan SPM yang mungkin akan diumumkan pada 20 Mac 2014 ini.

Saya sudah agak lama tidakmenulis di sini. Bukan pula kerana malas. Tidak juga kerana lupa. Mungkin sibuk sedikit itu alasan yang lebih munasabah.

Teringat saya kepada perbualan semalam. Perbualan dengan seorang Pakcik 'Mamak', jangan marah,saya sebut Pakcik Mamak kerana dia minta saya panggil dia begitu.

Sambil minum segelas limau ais di Al Amin@enstek, kami pun bercerita panjang mengenai kenapa orang Indonesia yang berhijrah bekerja di sini mampu menghantar pulang ribuan ringgit, lantas menyara keluarga dan terus membina rumah baru di kampung halamannya. Asalanya semasa dia mula berhijrah ke sini, dia tidak miliki apa-apa. Hanya sebuah keluarga yang sangat dhaif dengan pendapatan RM 4.00 sehari.

Tongkang atau perahu, bertambang atau menyusup, halal atau haram, hidup atau mati, ditangkap atau dihumban, berjaya atau ditipu bukan persoalan. Semua itu diredah secara haram atau halal untuk datang ke Malaysia demi MERUBAH NASIB DIRI DAN KELUARGA.

Bukan saya ingin memuji kehadiran puluhan ribu PATI tetapi ada istilah lain yang selalunya akan meruntun jiwa saya. Istilah CEKAL itu adalah milik mereka. Demi untuk BERUBAH mereka lakukan, merubah cara dan tempat pencarian mereka laksanakan.

Ini juga bukan persoalan pokok. Persoalan yang lebih penting dan mohon penelitian dengan hati yang ikhlas dan jujur adalah "KENAPA PENDATANG BOLEH JADI KAYA SEDANGKAN TUAN TANAH DI SINI HIDUP SUSAH?"

Persoalan ini cukup kritikal, cukup rumit, cukup sensitif. Ia perlukan minda yang stabil untuk dibincangkan, emosi yang waras untuk ditelaahkan. Jika tersalah kata, maka akan jadilah kontroversinya. Apakah orang tempatan, tuan tanah khusunya MELAYU yang susah melata meminta-minta itu miskin kerana PEMALAS. Atau kerana mereka, PATI sudah membolot semua hak dan harta tuan tanah.

Tuan-tuan bebas bicarakan melalui komen anda. Saya akan bicarakan isi pandangan Saya dan Pakcik Mamak sebentar lagi......

Wassalam....

No comments:

Post a Comment