Thursday, November 8, 2012

DIPLOMA PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH KOLEJ UNITI

PROGRAM DALAMAN - DIPLOMA PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH

No Ruj LAN/LAN Approval No :KA6871
 
Mari kita bicarakan sepintas lalu tentang Program Diploma Pendidikan Pra Sekolah. Bermula dengan pelancaran Program Permata Negara oleh Datin Seri Rosmah Mansor maka jutaaan pendidik dalam negara mula membuka mata tentang peluang yang cerah dalam bidang ini. Kerjaya yang sememangnya sudah wujud dengan berkembangnya Tadika Kemas mula mendapat nafas baru yang sangat segar.
 
Jika dahulu, Guru Tadika terdiri dari mereka yang berkelulusan SPM sahaja, kini ia mula menjurus kepada peningkatan kepada keperluan Diploma untuk mentadbir dan mengajar di tadika.
 
Dalam konteks yang lebih luas, Tadika Swasta dengan pelbagai nama juga akan mengikut rentak yang sama apabila kerajaan mungkin mengenakan peraturan bahawa pengusaha, pengendali dan guru tadika mestilah mempunyai Diploma dalam bidang kanak-kanak.
 
Peluasan kepada kerajya ini mula menampakkan 'stream' nya apabila penggalakkan kepada pembukaan tadika atau pusat asuhan kanak-kanak di pelbagai peringkat jabatan kerajaan menjadikan peluang kerjaya begitu terserlah sekarang.
 
Bagaimanapun, pengendalinya perlulah mempunyai Diploma. Maka pelajar yang memohon, mengikut dan menamatkan kursus ini dengan jayanya diramalkan mempunyai peluang kerjaya yang cerah di masa hadapan.
KUALA TERENGGANU – Biarpun bertugas
sebagai Pemaju Masyarakat (guru tadika)
selama 14 tahun, Habsah Hassan, 48,
nekad menamatkan pengajian Diploma Pendidikan Pra
 

 
Berikut di bicarakan sepintas lalu Diploma Pendidikan Pra Sekolah yang disediakan oleh Kolej Uniti, Negeri Sembilan.

PENGENALAN:
Merupakan program yang dibangunkan sendiri oleh kolej Uniti. Dibangunkan bertujuan membuka peluang tambahan kepada kursus sedia ada kepada pelajar supaya dapat menceburi bidang pendidikan pra sekolah.

SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran.

PENGANUGERAHAN:
Pelajar akan dianugerahkan dengan Diploma Pendidikan Pra Sekolah oleh Kolej UNITI.

PROSPEK KERJAYA :

Pelajar yang tamat pengajian boleh menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, dalam atau luar negara.
  • Graduan diterima bekerja samada dalam sektor awam atau swasta
(Contoh iklan Jawatan berkaitan :  Pensyarah Diploma Pendidikan Pra-Sekolah (17 kekosongan)

STRUKTUR PROGRAM :

TAHUN PERTAMA

* GURU DAN ALAM PENDIDIKAN
* PEDADOGI, PSIKOLOGI KANAK-KANAK
* FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
* KEIBUBAPAAN

TAHUN KEDUA


* PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
* KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 1
* AKTIVITI FIZIKAL PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
* KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2
* PERANCANGAN
* PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PRASEKOLAH 1
* PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
* EARLY CHILDHOOD: ART AND MUSIC

TAHUN KETIGA

* KURIKULUM KEBANGSAAN 3
* PERANCANGAN
* PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PRASEKOLAH 2
* PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN PUSAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
* KESIHATAN KANAK-KANAK
* TEKNOLOGI UNTUK KANAK-KANAK
* PENGURUSAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK
* PENGLIBATAN IBUBAPA DAN GURU
* KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS
* KESELAMATAN KANAK-KANAK DAN PERLINDUNGANNYA
 
Konvokesyen Ke 11 Uniti di PICC Putrajaya

 
Oleh itu sangat wajar bagi mereka yang berminat dengan kerjaya ini memohon dan mengikuti kursus ini bagi memulakan kerjaya dalam bidang yang sangat berpotensi ini. Anda boleh MEMOHON DI SINI . Terima kasih.

No comments:

Post a Comment